msen

Berita Terkini PPN

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

KOTA BHARU: Rabu 12 Rabiul Awal 1443H bersamaan dengan 17 November 2021 berlangsungnya satu sesi perbincangan bagi membangunkan Sistem Pengurusan Bencana Negeri atau ringkasnya E-Bencana di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YABrs. Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, serta turut dihadiri oleh YBrs. Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri, YBrs. Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari BPTM dan PPN.

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

KOTA BHARU: Khamis 8 Jamadil Akhir 1442H bersamaan dengan 21 Januari 2021 berlangsungnya MESYUARAT PENYELARASAN BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR SEMASA MONSOON TIMUR LAUT 2020/2021 BILANGAN 1 TAHUN 2021 yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dengan menggunakan paltform zoom meeting yang diurusetiakan oleh pihak NADMA, mesyuarat ini berlangsung dengan mematuhi SOP PKP sepertimana yang telah ditetapkan. 

Beberapa perkara penting dibincangkan termasuklah penyelarasan bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Kediaman dan infrastruktur awam yang telah terjejas teruk sepanjang tempoh berlangsungnya monsun timur laut 2020/2021. Penyelarasan ini penting untuk memastikan segala bentuk bantuan sampai kepada mangsa banjir 

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

​KOTA BHARU: Rabu 7 Jamadil Akhir 1442H bersamaan dengan 20 Januari 2021, berlangsungnya MESYUARAT PENYELARASAN DAN BANTUAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DALAM PEMBUKAAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) SELURUH NEGARA yang dipengerusikan oleh Tuan Zakaria bin shaaban, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaan Operasi), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dengan menggunakan paltform zoom meeting, mesyuarat ini berlangsung dengan mematuhi SOP PKP sepertimana yang telah ditetapkan. 

Beberapa perkara penting telah dibincangkan dimana Kerajaan telah mengaktifkan beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi menampung peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam negara. Setakat ini, terdapat lebih 100 bilangan PKRC yang beroperasi di seluruh negara dan terdapat keperluan bagi menyelaras pengoperasian PKRC dalam memastikan pengurusan bencana negara terus berjalan dengan sistematik. Penyelerasan berjaya dibuat dalam memastikan semua bantuan, keperluan dan kemudahan dapat disediakan disemua pusat kuarantin tersebut.

 

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

KOTA BHARU: Ahad 11 Zulkaedah 1440H bersamaan dengan 14 Julai 2019, PUSPANITA cawangan Negeri Kelantan telah mengadakan Ceramah Perdana yang bertajuk Senafas Ke Barzakh yang disampaikan oleh AL-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani iaitu merupakan penceramah dan pendakwah bebas. Ceramah yang berkaitan dengan saat-saat menghadapi kematian ini dihadiri oleh Ahli PUSPANITA dan kakitangan Kerajaan Negeri. Penyampaian yang bertenaga dan penuh semangat itu telah melahirkan rasa keinsafan dalam setiap hadirin yang hadir.

Slot kedua diteruskan dengan Praktikal Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Al-Fadhilah Ustazah Radziah Bt Zainal Karip merupakan Timbalan Ketua Pengelola Halaqat Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Praktikal yang melibatkan cara-cara untuk memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.

Sumber Foto: Media Sosial Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.

Previous Next

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Selasa 6 Zulkaedah 1440H bersamaan dengan 9 Julai 2019, telah berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kelantan (MTng) yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bersama-sama dengan YB Dato' Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim.

Mesyuarat tersebut telah meneliti 4 kertas penting yang fokus utamanya adalah mengenai pengurusan air antaranya projek pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kelantan, Pembinaan Empangan Sungai Lebir sebagai salah satu sumber air, Empangan Hidroelektrik Nenggiri oleh Tenaga Nasional Berhad, Loji Rawatan Air Merbau Chondong yang melibatkan skop kerja tamabahan.

Dalam hal yang berkaitan YB Menteri memberi komitmen terhadap kemajuan lima projek utama yang diumumkan sebelum ini selain status pembayaran royalty minyak yang akan dipermudahkan selepas Kerajaan Negeri menarik balik saman sepenuhnya.

Kerajaan Negeri mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen YB Menteri dan berharap semua projek dan perancangan yang dibuat akan berjalan lancar selaras dengan semangat federalism demi pembangunan ekonomi rakyat Negeri Kelantan.

Sumber: Media Sosial Rasmi Menteri Besar Kelantan

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini334
KelmarinKelmarin694
Minggu IniMinggu Ini2906
Bulan IniBulan Ini11774
KeseluruhanKeseluruhan881391

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019