msen

Berita Terkini PPN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Selasa 13 Februari 2018 bersamaan dengan 27 Jamadil Awal 1439H, Pengarah Pembangunan Negeri, YABrs Tuan Haji Azi Rahimee menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Assalam Pengkalan Chepa yang dipengerusikan oleh Ketua Jajahan Kota Bharu. Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan program-program serta majlis ilmiah yang akan diadakan dimasjid tersebut.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

KOTA BHARU: Rabu 24 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 5 September 2018, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) telah mengadakan Mesyuarat Kakitangan PPN Bilangan 3 Tahun 2018. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri ini dihadiri oleh semua kakitangan PPN. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan PPN kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran dua orang kakitangan PPN yang baharu iaitu Khairul Nizam bin Abd Ghani (Pemandu Kenderaan) dan Siti Noor Salmah Zabarina bt Mohamed Zain (Pembantu Tadbir P/O).

Pengerusi memaklumkan beberapa perkara berkenaan dengan program-program yang melibatkan PPN seperti Pertandingan Menembak Mahabbah dimana PPN sebagai Urus setia Pemarkahan, Sukan SUK Malaysia dimab PPN sebagai Penyelaras Kontigen SUK Perlis, serta Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri Bil 1/2018 yang dijangka akan diadakan pad bulan September ini. Pengerusi juga menyentuh soal disiplin dan keberadaan kakitangan di pejabat. Beliau juga mewar-warkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2018 yang baharu dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia iaitu Penubuhan Jawatankuasa Kompetensi dan Prestasi Pegawai Awam Negeri Kelantan. Tujuan penubuhan jawatan ini ditubuhkan untuk menilai dan mengiktiraf pegawai awam melalui kompetensi dan inovasi berdasarkan pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) dan laluan secara pantas (fast-track).

Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai pertukaran Penolong Pengarah Pembangunan Negeri iaitu Encik Noor Azman bin Md Nawi ke UPEN yang berkuatkuasa pada 6 September 2108. Selamat Maju Jaya kepada Encik Noor Azman ditempat kerja yang baharu.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Isnin 12 Februari 2018 bersamaan dengan 26 Jamadil Awal 1439H, Pengarah Pembangunan Negeri, YABrs Tuan Haji Azi Rahimee telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan kali ke 35 Tahun 2018. Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini287
KelmarinKelmarin694
Minggu IniMinggu Ini2859
Bulan IniBulan Ini11727
KeseluruhanKeseluruhan881344

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019