msen

Berita Terkini PPN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Rabu 24 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 5 September 2018, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Hududullah bertempat di Dataran Bandaraya Hadapan Bangunan MARA Kota Bharu. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan awam dan rakyat Negeri Kelantan yang hadir serta menunjukkan sokongan kepada program tersebut.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan rakyat supaya sentiasa berusaha menjadi muslim yang sempurna. Seseorang muslim itu wajib mengambil semua hukum yang ditetapkan dalam islam, bukan memilih dan mengambil yang berkenan difikiran sahaja. Perbuatan memilih dan mengambil yang berkenan itu merupakan perbuatan khianat kepada hukum islam seterusnya kepada Allah swt. Ini kerana hukum yang diwujudkan ini demi kemaslahatan umat manusia. Beliau juga turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha kearah melaksanakan hudud sepertimana yang dituntut oleh Allah swt.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Speaker, YB Dato' SUK Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Pegawai kewangan Negeri, AMMK dan ketua-ketua jabatan negeri.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Rabu 24 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 5 September 2018, PPN telah mengadakan Mesyuarat Kakitangan PPN Bil 3 Tahun 2018. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri ini dihadiri oleh semua kakitangan PPN. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan PPN kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran dua orang kakitangan PPN yang baharu iaitu Khairul Nizam bin Abd Ghani (Pemandu Kenderaan) dan Siti Noor Salmah Zabarina binti Mohamed Zain (Pembantu Tadbir).

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

KOTA BHARU: Rabu 20 Syawal 1439H bersamaan dengan 4 Julai 2018, PPN telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berkonsepkan 'rumah terbuka' dan santai. Majlis ini merupakan aktiviti wajib diadakan setiap tahun yang mana ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan PPN dan jabatan-jabatan lain.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' SUK Negeri Kelantan, YB Dato' Penasihat Undang-undang Negeri, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, YBhg Dato' Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, YBhg Dato' Timbalan SUK Negeri kelantan (Pengurusan) serta ketua-ketua jabatan, ketua-ketua jajahan dan kakitangan Pejabat SUK.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

PASIR MAS: Jumaat 19 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 31 Ogos 2018 telah berlangsung Majlis Sambutan Kemerdekaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku bertempat di Stadium Mini Pasir Mas. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan awam dan rakyat Negeri Kelantan kerana hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan yang ke-61 tahun itu.

Dalam ucapan beliau, beliau juga turut mengingatkan rakyat supaya mengekalkan hubungan harmoni pelbagai kaum di negeri ini supaya semua rakyat dapat hidup selamat dan sejahtera. Rakyat juga perlu merdeka dari penjajahan minda yang bolrh merosakkan keharmonian hubungan tersebut yang mana ianya mampu memusnahkan sesebuah negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Nazran bin Muhammad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, serta kakitangan awam kerajaan negeri dan persekutuan. Sambutan ini dimeriahkan dengan upacara ikrar kemerdekaan, Persembahan Gendang 24 Musim Rebana Cina, deklamasi sajak dan persembahan khas tempur tanpa senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

KUALA LUMPUR: Sabtu 17 Ramadhan 1439H bersamaan dengan 2 Jun 2018, Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bersama-sama dengan Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan dan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan telah mengurussetiakan Majlis Sumbangan Ramadhan di Masjid Muhammadi Angkasapuri, Jalan Pantai Dalam. Seramai 60 orang penerima telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebagai persediaan menyambut kedatangan Syawal.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim merangkap Naib Yang diPertua Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri bin Alias, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd. Roshdi bin Ismail, Ahli-ahli Jawatankuasa Maslis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammadi Angkasapuri.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini239
KelmarinKelmarin694
Minggu IniMinggu Ini2811
Bulan IniBulan Ini11679
KeseluruhanKeseluruhan881296

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019