msen

Berita Terkini PPN

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

 

KOTA BHARU: Sabtu 14 Rabiulakhir 1440H bersamaan dengan 22 Dismeber 2018, YMM Pemangki Raja Kelantan telah mengampuni perkenan mendengar taklimat mengenai kesiapsiagaan jabatan-jabatan bagi menghadapi Banjir Monsun Timur Laut di Negeri Kelantan bagi tahu 2018/2019. Taklimat disampaikan oleh YM Tengku Kaya Perkasa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Turut hadir YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YABhg Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) serta pegawai kerajaan negeri.

Antara lain YMM Pemangku Raja Kelantan menitahkan agar setiap agensi hendaklah sentiasa menitikberatkan kebersihan di pusat-pusat pemindahan. Pengendali makanan hendaklah sentiasa diberi suntikan vaksin supaya tiada kuman-kuman merbahaya merebak kepada mangsa-mangsa banjir. Tuanku menzahirkan rasa syukur kerana setakat ini tiada banjir besar di Negeri Kelantan dan analisa statistik juga menunjukkan bahawa air hujan telah pun turun 100% bagi tahun ini dan sudah tiada ramalan cuaca buruk yang dikeluarkan.

Previous Next

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

TANAH MERAH: Ahad 5 Safar 1440H bersamaan dengan 14 Oktober 2018, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Bantuan Tadahan Rahmat Pembangunan Ekonomi Asnaf di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Tanah Merah. Program tersebut telah disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Ibni Sultan Ismail Petra. Baginda telah mengampuni perkenan menyampaikan sumbangan kepada 153 orang penerima bantuan. Seramai 100 orang asnaf telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM300 setiap seorang manakala 53 orang lagi merupakan peserta Program Bantuan Tadahan Rahmat yang menerima bantuan dalam bentuk peralatan samada untuk perniagaan atau pertanian. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAB Dato' Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Speaker, YB Dato' Pegawai Undang-Undang Negeri, YM Tengku Kaya Perkasa Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Jabatan dan Ketua Jajahan serta pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

TUMPAT: Isnin 29 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 10 September 2018, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018. Majlis ini diadakan di Masjid Al- Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu ini dihadiri oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, YB Dato' Speaker, YB Dato' SUK, AMMK dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri. Ceramah ilimiah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Khamis 25 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 6 September 2018, satu taklimat berkaitan dengan Caruman Skim Perlindungan Keselamatan Sosial di bawah PERKESO kepada kaitang awam Kerajaan Negeri Kelantan yang bertaraf sementara dan kontrak telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Taklimat ini dihadiri oleh semua kakitang pentadbiran dan kewangan jabatan dan agensi yang terlibat dalam penyediaan caruman skim tersebut.

Program ini anjuran Pejabat Perbendaharan Negeri dengan dengan menjemput pegawai dari PERKESO untuk memberikan sedikit pendedahan dan pencerahan kepada kakitangan agensi yang terlibat. Antara perkara yang ditekankan ialah SKim Bencana Pekerjaan dimana sekiranya berlaku kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KOTA BHARU: Rabu 24 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 5 September 2018, satu majlis ringkas telah diadakan bersempena dengan pertukaran Penolong Pengarah Pembangunan Negeri iaitu Encik Noor Azman bin Md Nawi ke Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai Penolong Pengarah Wilayah Dan Alam Sekitar bermula 6 September 2018. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pembangunan Negeri  selama 13 bulan dan telah menunjukkan semangat kerja yang tinggi dan berdisiplin. Beliau juga turut memberikan kerjasama yang sangat baik serta mesar kawan dikalangan kakitangan PPN. Diharapkan beliau terus maju dan sukses ditempat kerja yang baharu.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Isnin 08 April 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini358
KelmarinKelmarin717
Minggu IniMinggu Ini1781
Bulan IniBulan Ini11299
KeseluruhanKeseluruhan768441

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019