msen

LATAR BELAKANG EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau ringkasnya EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

PENJENAMAAN SEMULA EKSA

EKSA merupakan penjenamaan semula konsep Amalan 5S oleh Pihak MAMPU untuk digunapakai dan diamalkan di Sektor Awam. Penjenamaan semula ini mula digerakkan pada tahun 2013 bertujuan untuk meningkatkan prestasi antara agensi kerajaan, mewujudkan identiti sendiri mengikut acuan tempatan, memperagakan imej baru agensi sektor awam, kekal relevan dan memenuhi keperluan semasa (penjimatan tenaga dan kitar semula).

VISI
Untuk Menjadikan PPN Yang Terulung Dalam Menyediakan Perkhidmatan Yang Cemerlang.

DASAR EKSA
EKSA Sebagai Perangsang Transformasi Persekitaran Kerja Yang Sejahtera, Sihat Dan Selamat Demi Menambahbaik Kecekapan Dan Keberkesanan Perkhidmatan Yang Disampaikan.

SLOGAN

“PERSEKITARAN KONDUSIF, PPN PROAKTIF”

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 12 September 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini320
KelmarinKelmarin486
Minggu IniMinggu Ini954
Bulan IniBulan Ini8695
KeseluruhanKeseluruhan842742

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019