Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya Mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, portal rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan telah dibangunkan dan memenuhi seruan kerajaan yang mensyaratkan semua agensi kerajaan membangunkan portal rasmi jabatan masing-masing. Saya berharap portal ini menjadi antara medium utama bagi setiap lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini.
Dikesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membangunkan portal ini dan memastikan segala maklumat yang terkandung di dalamnya adalah terkini dan memberi manfaat kepada pengunjung. Usaha dan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada semua warga kerja PPN perlu diterapkan dan diteruskan. Dengan yang demikian matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang dan mewujudkan "Budaya Kerja Berprestasi Tinggi" dalam sesebuah organisasi akan dapat direalisasikan. Semoga Allah swt memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.
Sekian, terima kasih.
"RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN"
YABrs Encik Muhammed Imran bin Mansoor
Pengarah Pembangunan Negeri
Kelantan