msen

Berita Terkini PPN

Majlis Sambutan Hari Hududullah

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KOTA BHARU: Rabu 24 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 5 September 2018, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Hududullah bertempat di Dataran Bandaraya Hadapan Bangunan MARA Kota Bharu. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan awam dan rakyat Negeri Kelantan yang hadir serta menunjukkan sokongan kepada program tersebut.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan rakyat supaya sentiasa berusaha menjadi muslim yang sempurna. Seseorang muslim itu wajib mengambil semua hukum yang ditetapkan dalam islam, bukan memilih dan mengambil yang berkenan difikiran sahaja. Perbuatan memilih dan mengambil yang berkenan itu merupakan perbuatan khianat kepada hukum islam seterusnya kepada Allah swt. Ini kerana hukum yang diwujudkan ini demi kemaslahatan umat manusia. Beliau juga turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha kearah melaksanakan hudud sepertimana yang dituntut oleh Allah swt.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Speaker, YB Dato' SUK Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Pegawai kewangan Negeri, AMMK dan ketua-ketua jabatan negeri.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Isnin 08 April 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini2
KelmarinKelmarin784
Minggu IniMinggu Ini3628
Bulan IniBulan Ini9228
KeseluruhanKeseluruhan766370

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019