KOTA BHARU: Rabu 12 Rabiul Awal 1443H bersamaan dengan 17 November 2021 berlangsungnya satu sesi perbincangan bagi membangunkan Sistem Pengurusan Bencana Negeri atau ringkasnya E-Bencana di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YABrs. Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, serta turut dihadiri oleh YBrs. Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri, YBrs. Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari BPTM dan PPN.
Perbincangan Pembangunan Sistem Pengurusan Bencana Negeri
- Super User
- Berita Terkini