msen

Berita Terkini PPN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

BANGI: Sabtu 17 Ramadhan 1439H bersamaan dengan 2 Jun 2018, Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bersama-sama dengan Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan dan PPN telah mengurusetiakan Majlis Sumbangan Ramadhan di Surau Al Sobah, Seksyen 3, Bandar Baharu Bangi. Seramai 40 orang penerima telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebagai persediaan menyambut kedatangan Syawal.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim merangkap Naib Yang DiPertua Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Dato' Seri Setia Raja, Dato' Haji Mohd Aiseri Alias, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd. Roshdi Ismail, Setiausaha Eksekutif Yayasan Sultan Kelantan, Encik Mohd Zaki Yusoff, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Sobah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

KUALA LUMPUR: Jumaat 16 Ramadhan 1439H bersamaan dengan 1 Jun 2018, Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Bersama Dengan Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan dan PPN mengurusetiakan Majlis Sumbangan Ramadhan di Masjid Saidina Ali KRW di Mukim Padang Balang, Sentul. Seramai 50 orang penerima telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebagai persediaan menyambut kedatangan Syawal.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim merangkap Naib Yang diPertua Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri bin Alias, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd. Roshdi bin Ismail, Ahli-ahli Jawatankuasa Maslis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Ali KRW.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

TANAH MERAH: Rabu 3 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 15 Ogos 2018, PPN bersama dengan PTJ Tanah Merah telah mengurusetiakan Program Sumbangan Zakat Etiqa Family Takaful Berhad, sebuah anak syarikat Maybank Malaysia Berhad melalui Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan di jajahan Tanah Merah. Program ini dilaksanakan dengan cara mengunjungi rumah-rumah Asnaf ini sambil menyampaikan sumbangan berupa wang tunai daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan barangan makanan harian sumbangan PTJ Tanah Merah.

Hadir sama sewaktu pelaksanaan program ini adalah Naib Yang DiPertua Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Alias, Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abd Ghani, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd Roshdi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim, dan beberapa orang pegawai PTJ Tanah Merah serta Etiqa Family Takaful Berhad.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

Mesyuarat KPKJ Bil 2/2018 telah diadakan pada 19 April 2018 hari Khamis di Bilik Mesyuarat PPN. Mesyuarat tersebut membincangkan hal-hal berkenaan dengan projek Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) dan Kesejahteraan Rakyat (KR) serta perkara-perkara berbangkit. Hal-hal lain adalah berkenaan dengan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Thursday 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini347
KelmarinKelmarin389
Minggu IniMinggu Ini4099
Bulan IniBulan Ini12967
KeseluruhanKeseluruhan882584

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019