

KOTA BHARU: Khamis 13 Rabiul Awal 1443H bersamaan dengan 18 November 2021 berlangsungnya Taklimat Persiapan Menghadapi Banjir di Bilik Gerakan Negeri Kelantan. Taklimat yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) dan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri serta wakil-wakil pelbagai agensi.
KOTA BHARU: Rabu 12 Rabiul Awal 1443H bersamaan dengan 17 November 2021 berlangsungnya satu sesi perbincangan bagi membangunkan Sistem Pengurusan Bencana Negeri atau ringkasnya E-Bencana di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YABrs. Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, serta turut dihadiri oleh YBrs. Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri, YBrs. Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari BPTM dan PPN.
MESYUARAT PENYELARASAN BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR SEMASA MONSOON TIMUR LAUT 2020/2021 BILANGAN 1 TAHUN 2021
- Super User
- Berita Terkini
KOTA BHARU: Khamis 8 Jamadil Akhir 1442H bersamaan dengan 21 Januari 2021 berlangsungnya MESYUARAT PENYELARASAN BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR SEMASA MONSOON TIMUR LAUT 2020/2021 BILANGAN 1 TAHUN 2021 yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dengan menggunakan paltform zoom meeting yang diurusetiakan oleh pihak NADMA, mesyuarat ini berlangsung dengan mematuhi SOP PKP sepertimana yang telah ditetapkan.
Beberapa perkara penting dibincangkan termasuklah penyelarasan bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Kediaman dan infrastruktur awam yang telah terjejas teruk sepanjang tempoh berlangsungnya monsun timur laut 2020/2021. Penyelarasan ini penting untuk memastikan segala bentuk bantuan sampai kepada mangsa banjir