Bengkel E-Usahawan
- Super User
- Berita Terkini
KOTA BHARU: Rabu 22 dan 23 Jamadil Akhir 1440H bersamaan dengan 27 dan 28 Februari 2019M telah diadakan Bengkel E-Usahawan sempena dengan Program Pembangunan Sains dan Teknologi 2019. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawanan digital. Antara topik yang disentuh ialah asas-asas perniagaan, pemasaran dan penjenamaan serta asas kewangan.
Kakitangan yang hadir merupakan mereka yang sudah memulakan perniagaan serta mahu berjinak-jinak dengan perniagaan online. Banyak ilmu perniagaan online yang diperolehi melalui bengkel ini.
KUALA KRAI: Selasa 7 Jamadil Akhir 1440H bersamaan dengan 12 Februari 2019, satu lawatan panel temuduga projek Desa Lestari bagi Koperasi Kg Pasir Kelang Berhad oleh kementerian Pembangunan Luar Bandar bersama agensi dan SKM. Projek yang dicadangkan oleh koperasi ialah stesen minyak smart stream.
KOTA BHARU: Khamis 26 Rabiulakhir 1440H bersamaan dengan 3 Januari 2019, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat Menteri Besar Kelantan serta perhimpunan penjawat awam Negeri Kelantan 2019. Ucapan aluan disampaikan oleh YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dimana majlis ini dihadiri oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Speaker, YB Dato' Pegawai Undang-Undang Negeri, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan.
KOTA BHARU: Isnin 23 Rabiulakhir 1440H bersamaan dengan 31 Disember 2018, telah diadakan taklimat berkaitan dengan Pelaksanaan Skim Khairat Khifaalah Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2019. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri iaitu YABrs Encik Mohd Roshdi bin Ismail. Taklimat ini dihadiri oleh Penyelia DUN, Ahli Dewan Undangan Negeri serta wakil-wakil DUN. Turut hadir Pengurus Takaful Khifaalah Sdn Bhd iaitu YBrs Encik Abdul Syakur bin Sya'ari dan Timbalan Bendahari, YBrs Puan Noorazlina Zakaria dari Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Perbincangan Peluang Kolaborasi Antara Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) UMK bersama SUK Negeri Kelantan
- Super User
- Berita Terkini
KOTA BHARU: Rabu 18 Rabiulakhir 1440H bersamaan dengan 26 Disember 2018, telah diadakan perbincangan kolaborasi antara Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan. Kolaborasi ini lebih kepada perancangan dan langkah-langkah untuk peningkatan taraf hidup rakyat miskin di negeri ini.