msen

Berita Terkini PPN

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU: Selasa, 23 Ramadhan 1440H bersamaan dengan 28 Mei 2019, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Mesyuarat yangt dipengerusikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ini dihadiri oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Kaya SEtia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan Yang Mulia Tengku Kaya Perkasa Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) juga merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan. Turut hadir sama ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan dengan projek pembangunan negeri.

Sebelum mesyuarat dimulakan, berlangsungnya sesi pelancaran buku Hala Tuju Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan - Kelantan Melangkah Kehadapan 2018-2023 yang ditulis dan disusun oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 2019. " Kelantan Melangkah Kehadapan merupakan satu fasa baharu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri setelah kejayaan kerajaan hari ini mentadbir Negeri Kelantan selama 29 tahun berteraskan Dasar Membangun Bersama Islam".

 

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU: Khamis 19 Sya'aban 1440H bersamaan dengan 25 April 2019, telah dilancarkan Program Kelantanku Bersih Dan Gotong Royong Perdana. Program ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob bertempat di Dataran Bandaraya Kota Bharu-Bandaraya Islam...

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU: Khamis 28 Rejab 1440H bersamaan dengan 4 April 2019, telah diadakan satu sesi Exit Conference Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2018 bagi Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. Tujuan pengauditan diadakan adalah untuk meningkatkan integriti dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran serta mengemaskini tatacara perolehan kewangan, aset dan budget.

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU: Isnin 25 Rejab 1440H bersamaan dengan 1 April 2019M, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bil 1 Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri Blok 8 MABNA-MBI. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dihadiri oleh TSUK Pembangunan, YM Tengku Kaya Perkasa, YABrs Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, YABrs Pengarah JPS, YABrs Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, YABrs Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan, YABrs Pengarah APM, ketua-ketua jabatan serta pegawai dari agensi2 yang terlibat dengan pengurusan bencana negeri.

Pembentangan mengenai fenomena cuaca panas terik disampaikan oleh Pengarah Meteorologi Negeri Kelantan manakala laporan mengenai persediaan dan tindakan dalam menghadapi fenomena cuaca panas dan kering disampaikan oleh Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan Pengarah JPS Negeri Kelantan.

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU: Khamis 23 JamadilAkhir 1440H bersamaan dengan 28 Februari 2019M, Mesyuarat Ketua Penolong Ketua Jajahan Bilangan 1 bagi Tahun 2019 telah diadakan. Pengarah Pembangunan Negeri selaku Pengerusi Mesyuarat menekankan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian. Perkara yang melibatkan Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (KWAPJN), agihan peruntukan mengikut DUN, perlaksanaan Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa perkara yang melibatkan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Antara yang hadir ialah Ketua Penolong Ketua Jajahan setiap Pejabat Tanah & Jajahan, penolong jurutera dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Thursday 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini556
KelmarinKelmarin694
Minggu IniMinggu Ini3128
Bulan IniBulan Ini11996
KeseluruhanKeseluruhan881613

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019