msen

Berita Terkini PPN

Previous Next

Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kelantan

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU: Selasa 6 Zulkaedah 1440H bersamaan dengan 9 Julai 2019, telah berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kelantan (MTng) yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bersama-sama dengan YB Dato' Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim.

Mesyuarat tersebut telah meneliti 4 kertas penting yang fokus utamanya adalah mengenai pengurusan air antaranya projek pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kelantan, Pembinaan Empangan Sungai Lebir sebagai salah satu sumber air, Empangan Hidroelektrik Nenggiri oleh Tenaga Nasional Berhad, Loji Rawatan Air Merbau Chondong yang melibatkan skop kerja tamabahan.

Dalam hal yang berkaitan YB Menteri memberi komitmen terhadap kemajuan lima projek utama yang diumumkan sebelum ini selain status pembayaran royalty minyak yang akan dipermudahkan selepas Kerajaan Negeri menarik balik saman sepenuhnya.

Kerajaan Negeri mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen YB Menteri dan berharap semua projek dan perancangan yang dibuat akan berjalan lancar selaras dengan semangat federalism demi pembangunan ekonomi rakyat Negeri Kelantan.

Sumber: Media Sosial Rasmi Menteri Besar Kelantan

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Thursday 14 November 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini475
KelmarinKelmarin389
Minggu IniMinggu Ini4227
Bulan IniBulan Ini13095
KeseluruhanKeseluruhan882712

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019