msen

Pelan Integriti Organisasi

Pelan Integriti Organisasi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
PENGENALAN PIO
Cadangan Pelan Integriti Organisasi (PIO), Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kelantan mengandungi program serta aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2016 hingga 2018 ke arah pembudayaan amalan kerja berintegriti di PPN.

LATAR BELAKANG
Usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan kerajaan berlandaskan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI). Iltizam ini telah diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif seperti Pelan Integriti Nasional (PIN), penyampaian perkhidmatan berkonsepkan Merakyatkan Perkhidmatan Awam, Etos Perkhidmatan Awam serta Cepat, Tepat, Integriti-Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI-PCI) serta usaha membanteras rasuah.

Usaha pemantapan sistem pengurusan pentadbiran kerajaan terus dipergiat melalui penubuhan JITU menggantikan JKTU pada bulan Jun 2014. Selaras dengan hasrat kerajaan, cadangan PIO diperingkat jabatn diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pembudayaan amalan integriti dalam persekitaran kerja di PPN.

OBJEKTIF
1) Memperkukuhkan asas nilai-nilai murni dan membudayakan integriti sebagai amalan warga kerja jabatan.
2)Mempertingkatkan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, berdisiplin dan berintegriti.
3) Mempertingkatkan daya tahan (resilience) dan produktiviti kerja warga jabatan.

LIMA STRATEGI PIO
1) Pemantapan pentadbiran jabatan yang cekap, berdisipilin dan berintegriti.
- Mesyuarat JITU
- Pematuhan Kriteria Sistem Star Rating (SSR)
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA)

2) Peningkatan kesedaran melalui amalan budaya kerja berintegriti.
- Pemantapan Motivasi Dan Jati Diri Warga PPN
- Program Pengukuhan Integriti
- Pemantauan Integriti Warga PPN

3) Peningkatan kesedaran pelaksanaan pematuhan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam.
- Peningkatan Kompetensi Warga PPN
- Pengemaskinian Manual Prosuder Kerja (MPK)
- Penambahbaikan Proses Kerja Secara Berterusan
- Menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi
- Penyediaan Maklumat Dan Penerbitan

4) Pemantapan Sistem Kawalan Dalaman Jabatan
- Pelaksanaan audit dalaman bagi memantau pelaksanaan dan pematuhan terhadap pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Pelaksanaan audit Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di PPN.
- Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
- Pematuhan waktu bekerja
- Program Pembangunan Sahsiah

5) Pengurusan Prestasi dan Pengiktirafan Warga Jabatan
- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)
- Pencalonan Penganugerahan Pingat
- Penganugerahan Sijil Prestasi Cemerlang

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 19 March 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini172
KelmarinKelmarin518
Minggu IniMinggu Ini2703
Bulan IniBulan Ini14232
KeseluruhanKeseluruhan755195

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019