TANAH MERAH: Rabu 3 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 15 Ogos 2018, PPN bersama dengan PTJ Tanah Merah telah mengurusetiakan Program Sumbangan Zakat Etiqa Family Takaful Berhad, sebuah anak syarikat Maybank Malaysia Berhad melalui Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan di jajahan Tanah Merah. Program ini dilaksanakan dengan cara mengunjungi rumah-rumah Asnaf ini sambil menyampaikan sumbangan berupa wang tunai daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan barangan makanan harian sumbangan PTJ Tanah Merah.
Hadir sama sewaktu pelaksanaan program ini adalah Naib Yang DiPertua Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Alias, Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abd Ghani, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd Roshdi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim, dan beberapa orang pegawai PTJ Tanah Merah serta Etiqa Family Takaful Berhad.