KOTA BHARU: Isnin 25 Rejab 1440H bersamaan dengan 1 April 2019M, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bil 1 Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri Blok 8 MABNA-MBI. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dihadiri oleh TSUK Pembangunan, YM Tengku Kaya Perkasa, YABrs Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, YABrs Pengarah JPS, YABrs Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, YABrs Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan, YABrs Pengarah APM, ketua-ketua jabatan serta pegawai dari agensi2 yang terlibat dengan pengurusan bencana negeri.
Pembentangan mengenai fenomena cuaca panas terik disampaikan oleh Pengarah Meteorologi Negeri Kelantan manakala laporan mengenai persediaan dan tindakan dalam menghadapi fenomena cuaca panas dan kering disampaikan oleh Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan Pengarah JPS Negeri Kelantan.