msen

Berita Terkini PPN

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 

PASIR MAS: Jumaat 19 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 31 Ogos 2018 telah berlangsung Majlis Sambutan Kemerdekaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku bertempat di Stadium Mini Pasir Mas. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan awam dan rakyat Negeri Kelantan kerana hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan yang ke-61 tahun itu.

Dalam ucapan beliau, beliau juga turut mengingatkan rakyat supaya mengekalkan hubungan harmoni pelbagai kaum di negeri ini supaya semua rakyat dapat hidup selamat dan sejahtera. Rakyat juga perlu merdeka dari penjajahan minda yang bolrh merosakkan keharmonian hubungan tersebut yang mana ianya mampu memusnahkan sesebuah negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Nazran bin Muhammad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, serta kakitangan awam kerajaan negeri dan persekutuan. Sambutan ini dimeriahkan dengan upacara ikrar kemerdekaan, Persembahan Gendang 24 Musim Rebana Cina, deklamasi sajak dan persembahan khas tempur tanpa senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Isnin 08 April 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini243
KelmarinKelmarin525
Minggu IniMinggu Ini2191
Bulan IniBulan Ini11709
KeseluruhanKeseluruhan768851

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019