msen

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmataan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kelantan. PPN sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpontensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

 

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, PPN amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

 

1) Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

2) Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

3) Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

4) Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

5) Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

6) Pastikan kenyataan/topik anda tidak meyalahi peraturan COPYRIGHT LAW, TRADEMARK, PATENT dan lain-lain.

7) DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah samada secara komersial atau sebaliknya.

8) Tidak dibenarkan memuat naik faik-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

9) Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang dibuat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

10) Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

11) Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

12) Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

 

Selain Laman Sosial Facebook dan Twitter, inisiatif e-Penyertaan yang disediakan oleh PPN adalah seperti e-Aduan, e-Banjir, emel dan borang pertanyaan.

 

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 15 October 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini184
KelmarinKelmarin771
Minggu IniMinggu Ini4384
Bulan IniBulan Ini955
KeseluruhanKeseluruhan870572

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019

DASAR PRIVASI

SEO - LAMAN WEB RASMI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

KELGOV PPST