E-Tegar adalah singkatan dari Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan (PTJ) mengumpul maklumat dan profail Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar di seluruh negeri. Statistik dan laporan yang dipaparkan adalah terkini dan memberi maklumat sebenar tahap miskin tegar di Negeri Kelantan berdasarkan profail yang dipungut o;eh Penggawa Daerah masing-masing. Profail KIR yang didaftarkan adalah sahih dan tiada pertindihan.
Sistem ini juga menyediakan kemudahan pemetaan taburan KIR miskin tegar di seluruh Negeri Kelantan yang dikenali sebagai Geographic Information System (GIS). GIS membantu Kerajaan Negeri Kelantan serta agensi pemberi bantuan dalam mengenalpasti kesesuaian bantuan yang diperlukan oleh KIR berdasarkan lokasi dan ekonomi persekitaran penduduk.
Pautan ke Laman Web E-Tegar http://etegar.kelantan.gov.my