BESUT: Selasa 13 Februari 2018 bersamaan dengan 27 Jamadil Awal 1439H, telah berlangsungnya Bengkel Pengendalian Horizon Baharu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan. Bengkel yang diadakan di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu ini berlangsung selama 3 hari yang mana ianya dihadiri oleh pegawai serta kakitangan kerajaan negeri. Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan dan idea dalam proses penghasilan produk KIK.