msen

Bahagian Operasi

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1) DAKWAH

PENGENALAN BAHAGIAN DAKWAH

    1. Bertanggungjawab dalam usaha menyampaikan ceramah/kuliah dan kursus-kursus kepada masyarakat umum.
    2. Merancang dan melaksanakan program dakwah Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
    3. Menyelaras rancangan dan pelaksanaan dakwah Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
    4. Merancang menyelaras dan melaksanakan dakwah dengan badan-badan dakwah (NGO).
    5. Merancang dan melaksanakan program keagamaan kepada saudara baru dan mereka yang belum Islam.
    6. Merancang dan melaksanakan program dakwah di negeri ini .

DAKWAH KE DALAM

a) Mengadakan kursus dan latihan kepada semua peringkat lapisan masyarakat.

b) Mengendalikan bimbingan kefahaman, kemahiran kepada kader-kader dakwah, pegawai dan kakitangan JAHEAIK.

c) Menyelaras aktiviti dan program dakwah bersama agensi lain.

 DAKWAH KE LUAR

a) Memberi penerangan dan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam.

b) Memberi bimbingan dan menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru Islam.

c) Memberi sokongan, dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

 

2) PENYELIDIKAN

PENGENALAN PENYELIDIUKAN

  1. Bahagian ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu akidah, syariah, ajaran sesat dan penapisan media.
  2. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan.
  3. Bahagian ini terbahagi kepada 2 unit utama iaitu :
    • Unit Akidah dan Syariah
    • Unit Penapisan Media

Visi

Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama

Misi

Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah dan syariah

 Objektif

  1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada dari segi akidah atau syariah
  2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran Islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
  3. Melahirkan umat Islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah-masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
  4. Melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya.

 PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
  2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
  3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.

 

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 15 October 2024.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini266
KelmarinKelmarin771
Minggu IniMinggu Ini4466
Bulan IniBulan Ini1037
KeseluruhanKeseluruhan870654

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim |

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019

DASAR PRIVASI

SEO - LAMAN WEB RASMI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

KELGOV PPST