Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau ringkasnya EKSA telagh diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

OBJEKTIF PENJENAMAAN SEMULA EKSA

1) Mewujudkan imej korporat di sektor awam.

2) Menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.

3) Merangsang kepelbagaian agensi.

4) Memupuk kreativiti dan inovasi dikalangan warga kerja sektor awam.

5) Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)

AMALAN KONSEP EKSA

Konsep asal diadaptasi dari Negara Jepun yang telah dilaksanakan sejak tahun 1980.

HALA TUJU EKSA PPN

DASAR EKSA

EKSA sebagai perangsang transformasi persekitaran kerja yang sejahtera, sihat dan selamat demi menambahbaik kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan.

VISI

Untuk Menjadikan PPN yang Terulung Dalam Menyediakan Perkhidmatan Yang Cemerlang.

MISI

1) Melahirkan penjawat awam yang mempunyai minda dan budaya kerja kelas pertama sepertimana yang digariskan dalam kod etika anggota Perkhdimatan Awam Negeri Kelantan.

2) Memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan awam yang mampan menerusi pelaksanaan EKSA.

POLISI

Pelaksanaan EKSA adalah secara berhemah, berkredibiliti, bertanggungjawab serta komunikatif dalam mengamalkan budaya kerja cemerlang, berkualiti dan berinovasi dengan melibatkan semua pegawai dan kakitangan secara sukarela.

SLOGAN

PERSEKITARAN KONDUSIF, PPN PROAKTIF

TEAM EKSA

AKTIVITI EKSA

PENGIKTIRAFAN

PRIVACY POLICY