Skip to main content
malaysia2026
reformasi
agenda
welcome
serambi
tsm

PENGENALAN

Slogan 'Membangun Bersama Islam' telah menjadi dasar pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan Prinsip UMI iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.

Ia bermula dengan penerangan tentang setiap prinsip tersebut dan seterusnya analisis tentang epistemologi dan tasawwur prinsip-prinsip tersebut bagi membentuk penjawat awam yang berintegriti, beretika dan berorientasikan nilai islam.

Prinsip ini merupakan konsep yang menekankan nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan pekerjaan yang menjadi asas dalam pentadbiran serta pembangunan di Negeri Kelantan bagi menambahbaik kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan.

SLOGAN

VISI

Menerajui Prinsip UMI melalui 3 teras utama iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah & Itqan Dalam Melahirkan Warga Kerja Yang Berkualiti dan Cemerlang 

MISI

Melahirkan Warga Kerja Yang Progresif Berteraskan Ubudiyyah, Mas'uliyyah & Itqan Sejajar Dengan Dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam

POLISI

Kerajaan Negeri Sebagai Agensi Yang Berkredibiliti, Bertanggungjawab Serta Komunikatif Dalam Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang, Berintegriti, Dan Berkualiti Berteraskan Ubudiyyah, Mas'uliyyah & Itqan (UMI) Selari Dengan Dasar Kerajaan dan Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan

PRINSIP U.M.I.

UBUDIYYAH
(Pengabdian kepada Allah)

Prinsip atau nilai ini merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat diri, tujuan hidup dan juga cara menjalani kehidupan yang lahir dari pancaran iman dan akidah yang jelas.

MAS'ULIYYAH
(Tanggungjawab)

Prinsip atau nilai ini merujuk kepada tanggungjawab (akauntabiliti) iaitu segala kerja (tanggungjawab) yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep Khilafah (vicegenerance) yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan yang berlandaskan syariah.

ITQAN
(Kesungguhan dan Ketekunan)

Prinsip atau nilai ini merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen, dan kesungguhan kerja. Nilai ini akan membentuk peribadi yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas. 

OBJEKTIF

1) Memastikan keikhlasan dan Etika Kerja.

2) Mengukuhkan rasa tanggungjawab (Mas'uliyyah)

3) Merealisasikan Penghayatan Membangun Bersama Islam.

4) Meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja (Itqan).




ORGANISASI PEMBUDAYAAN PRINSIP U.M.I.

JAWATANKUASA INDUK

KELGOV PPST

PRIVACY POLICY