Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

Tabung Serambi Mekah

Program Bantuan Kerajaan Negeri Kelantan

Umum

1) Apakah Tabung Serambi Mekah?

Tabung Serambi Mekah adalah satu dana yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dana ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, terutama mereka yang terjejas akibat bencana ribut, kebakaran dan penyakit kronik. Bantuan diberikan secara one-off untuk meringankan beban rakyat yang ditimpa bencana.

2) Siapakah yang layak untuk Tabung Serambi Mekah?
Rakyat Negeri Kelantan yang ditimpa bencana seperti bencana ribut, kebakaran dan penyakit kronik tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Beserta pengesahan daripada Ketua Penolong Ketua Jajahan.
3) Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Tabung Serambi Mekah yang diambil daripada Pejabat Tanah Dan Jajahan dan dihantar Ke Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Dan Jajahan.

Kaedah Bayaran

1) Berapa jumlah bayaran?
Jumlah bantuan yang akan diberikan bagi bencana ribut dan kebakaran, seta rawatan penyakit kronik bermula RM500 hingga RM2,000 secara one-off.
3) Bagaimanakah cara bantuan TSM disampaikan?
Bantuan akan disampaikan oleh wakil oleh Pejabat Tanah Dan Jajahan secara tunai di tempat kejadian (rumah pemohon) atau dalam mana-mana majlis atau program penyampaian sumbangan.

Dokumen Penting

1) Apakah dokumen yang diperlukan?
Dokumen yang dilampirkan bersama borang permohonan adalah :
1) Laporan Polis sekiranya ribut dan kebakaran.
2) Laporan kesihatan sekiranya pesakit kronik.
3) Perlulah disertakan gambar bagi kejadian ribut dan kebakaran.
4) Borang TSM yang lengkap diisi beserta pengesahan daripada Ketua Penolong Ketua Jajahan (KPKJ).
2) Berapa lama permohonan diproses?
Setiap permohonan mengambil masa lebih kurang 2 minggu dari tarikh permohonan dihantar.

PRIVACY POLICY