Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan merupakan program kebajikan untuk rakyat Kelantan dalam bentuk Skim Khairat untuk rakyat Negeri Kelantan yang berumur 55 tahun dan keatas.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pendaftaran online di laman sesawang https://ekifaalah.kelantan.gov.my/ .
Pendaftaran sebagai peserta Skim Khairat Kifaalah boleh dibuat terus melalui Pejabat Khidmnat DUN di seluruh Negeri Kelantan dengan mengisi borang secara manual dan mendapat pengesahan.
Bantuan Skim Khairat secara one-off akan diberikan selepas berlakunya kematian peserta skim dan tuntutan perlu dibuat dalam tempioh 6 bulan dari tarikh kematian.
YB ADUN/Wakil DUN akan membuat bayaran one-off RM1,000.00 secara tunai kepada wasi peserta semasa kejadian. sekiranya tiada wakil, wasi boleh membuat tuntutan di Pejabat Khidmat DUN.
Dokumen yang diperlukan adalah :
1) Salinan Kad Pengenalan yang sah
2) Salinan Kad Pengenalan Wasi 1
3) Salinan Kad Pengenalan Wasi 2
4) Surat/Borang Pengesahan Pendapatan Bawah RM4,000.00
5) Salinan Semakan Daftar Pemilih melalui laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Dokumen yang diperlukan adalah:
1) Salinan Permit Mengubur Borang Am 138-Pin.1/78 (atau dokumen yang seumpamanya) yang dosahkan.
2) Sijil Kematian Peserta.
3) Salinan Kad Pengenalan Wasi atau Penerima Wang yang disahkan YB ADUN/Penyelia/Wakil DUN.
4) Borang Akuan Terimaan Wang yang asal.
5) Cetakan Maklumat Ahli