EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
LATAR BELAKANG
PENGENALAN
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau ringkasnya EKSA telagh diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.
OBJEKTIF PENJENAMAAN SEMULA EKSA
1) Mewujudkan imej korporat di sektor awam.
2) Menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.
3) Merangsang kepelbagaian agensi.
4) Memupuk kreativiti dan inovasi dikalangan warga kerja sektor awam.
5) Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)
AMALAN KONSEP EKSA
Konsep asal diadaptasi dari Negara Jepun yang telah dilaksanakan sejak tahun 1980.

HALA TUJU EKSA PPN
DASAR EKSA
EKSA sebagai perangsang transformasi persekitaran kerja yang sejahtera, sihat dan selamat demi menambahbaik kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan.
VISI
Untuk Menjadikan PPN yang Terulung Dalam Menyediakan Perkhidmatan Yang Cemerlang.
MISI
1) Melahirkan penjawat awam yang mempunyai minda dan budaya kerja kelas pertama sepertimana yang digariskan dalam kod etika anggota Perkhdimatan Awam Negeri Kelantan.
2) Memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan awam yang mampan menerusi pelaksanaan EKSA.
POLISI
Pelaksanaan EKSA adalah secara berhemah, berkredibiliti, bertanggungjawab serta komunikatif dalam mengamalkan budaya kerja cemerlang, berkualiti dan berinovasi dengan melibatkan semua pegawai dan kakitangan secara sukarela.
SLOGAN
PERSEKITARAN KONDUSIF, PPN PROAKTIF
LOGO EKSA
PENERANGAN
TULISAN JAWI : Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan yang ditulis dalam tulisan jawi melambangkan jabatan ini mengamalkan pentradbiran yang berteraskan Agama Islam sebagai panduan dalam perkhidmatan dan cara hidup sebagaimana nilai etika yang dipraktikkan oleh Kerajaan negeri Kelantan iaitu konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan atau ringkasnya UMI.
BENTUK BULAT : Logo yang BERBENTUK BULAT ini dipilih bagi melambangkan kesepakatan dan kerjasama yang erat semua warga PPN bagi menjayakan EKSA.
DAUN BERWARNA HIJAU : Melambangkan komitmen kakitangan PPN bagi melaksanakan agenda Go Green dan Teknologi Hijau di dalam pentadbiran dan pengurusan di jabatan ini.
EKSA : Merupakan ringkasan dari Ekosistem Kondusif Sektor Awam.
JATA KELANTAN : Merupakan logo Kerajaan Negeri Kelantan yang perlu ada.

TEAM EKSA
Organisasi EKSA 2024
- Untuk meningkatkan penyertaan semua kakitangan dalam jabatan.
- Untuk mewujudkan budaya penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berkumpulan.
- Ke arah mencapai prestasi dan budaya kerja yang cemerlang.
AKTIVITI EKSA

PENGIKTIRAFAN







-7d2bc645.png)

