Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

TIGA SEKSYEN UTAMA JABATAN

SEKSYEN PEMBANGUNAN

1. Melaksanakan Projek dan Program Kerajaan Negeri seperti Rancangan Kecil Pembangunan, Jalan-Jalan Kampung, Penyediaan Kemudahan Asas Pertanian, Perikanan & Penternakan, Pembinaan/Pembaikian Masjid, Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Dan Usahawan, Jambatan, Pembangunan Lojing, Pembangunan Lembah Agro Biotech, Dan Rancangan Pembentungan.

2. Bertanggungjawab kepada urusan pengurusan kewangan dan pengeluaran waran bagi projek pembangunan.

3. Bertanggungjawab kepada urusan Tabung Serambi Mekah dan Skim Al-It'am.

4. Bertanggungjawab mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan pejabat.

SEKSYEN PENTADBIRAN

1. Mengurus semua perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan, tatatertib, kenaikan pangkat, pencalonan bagi darjah kebesaran dan penanggungan kerja.

2. Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedurdan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.

3. Menguruskan keselamatan pejabat, dokumen terperingkat dan data ICT.

4. Mengemaskini data dalam sistem aplikasi HRMIS.

5. Menguruskan aset alih dan stor jabatan.

6. Mengurus dan memantau mesyuarat-mesyuarat jabatan seperti Mesyuarat Penyelarasan PPN dan PTJ, Jawatankuasa Pengurusan PPN, Panel Pengurusan Sumber Manusia dan Jawatakuasa Tatakelola jabatan.

7. Mengurus fail-fail gunasama jabatan, edaran surat-surat jabatan dan pelupusan fail.

SEKSYEN
TEKNIKAL

1. Menyelaras projek-projek pembangunan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan Unit Pembangunan jabatan.

2. Bertanggungjawab kepada perancangan dan pelaksanaan projek kesejahteraan rakyat.

3. Pemantauan dan pengesahan projek menaiktaraf jalan-jalan kampung dan projek-projek kesejahteraan rakyat.

4. Mengadakan lawatan tapak, semakan spesifikasi projek, merekodkan spesifikasi baru dan menyediakan anggaran kos projek.

PRIVACY POLICY