Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan

Program Bantuan Kerajaan Negeri Kelantan

Umum

1) Apakah Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan?
Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan merupakan program kebajikan untuk rakyat Kelantan dalam bentuk Skim Khairat untuk rakyat Negeri Kelantan yang berumur 55 tahun dan keatas.
2) Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai peserta Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan?
Warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas, berdaftar mengundi di Kelantan, serta berpendapatan RM4,000.00 dan ke bawah.
3) Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai peserta skim?
Pendaftaran boleh dibuat melalui pendaftaran online di laman sesawang https://ekifaalah.kelantan.gov.my/ .
Pendaftaran sebagai peserta Skim Khairat Kifaalah boleh dibuat terus melalui Pejabat Khidmnat DUN di seluruh Negeri Kelantan dengan mengisi borang secara manual dan mendapat pengesahan.

Kaedah Bayaran

1) Berapakah jumlah bantuan yang diberikan oleh Skim Khairat Kifaalah kepada wasi setelah peserta meninggal dunia?
Jumlah bantuan yang diberikan oleh Skim Khairat Kifaalah kepada wasi setelah peserta meninggal dunia adalah sebanyak RM1,000.00 secara one-off.
2) Berapa lama tempoh bayaran tuntutan kematian Skim Khairat Kifaalah diproses?
Bantuan Skim Khairat secara one-off akan diberikan selepas berlakunya kematian peserta skim dan tuntutan perlu dibuat dalam tempioh 6 bulan dari tarikh kematian.
3) Bagaimanakah cara bantuan tersebut disampaikan?
YB ADUN/Wakil DUN akan membuat bayaran one-off RM1,000.00 secara tunai kepada wasi peserta semasa kejadian. sekiranya tiada wakil, wasi boleh membuat tuntutan di Pejabat Khidmat DUN.

Dokumen Penting

1) Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar sebagai peserta Skim Khairat Kifaalah?
Dokumen yang diperlukan adalah :
1) Salinan Kad Pengenalan yang sah
2) Salinan Kad Pengenalan Wasi 1
3) Salinan Kad Pengenalan Wasi 2
4) Surat/Borang Pengesahan Pendapatan Bawah RM4,000.00
5) Salinan Semakan Daftar Pemilih melalui laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
2) Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan kematian peserta Skim Khairat Kifaalah?
Dokumen yang diperlukan adalah:
1) Salinan Permit Mengubur Borang Am 138-Pin.1/78 (atau dokumen yang seumpamanya) yang dosahkan.
2) Sijil Kematian Peserta.
3) Salinan Kad Pengenalan Wasi atau Penerima Wang yang disahkan YB ADUN/Penyelia/Wakil DUN.
4) Borang Akuan Terimaan Wang yang asal.
5) Cetakan Maklumat Ahli

PRIVACY POLICY