Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

Turun Padang Pantau Isu Infrastruktur

Tumpat: Rabu, 2 Julai 2025 bersamaan dengan 6 Muharam 1447H, wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan iaitu Penolong Jurutera II bersama Penghulu Mukim Bendang Pulau, Saudara Rifaie, telah turun padang ke lokasi Jambatan Kok Bacok hari ini bagi meninjau keadaan semasa susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku tempoh hari. Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar serta menyelaras tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak berwajib demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sentiasa cakna terhadap isu-isu...

Continue reading

Sambutan Raya SUK Kelantan

Kota Bharu : Khamis, 25 Syawal 1446H bersamaan dengan 24 April 2025, sambutan RAYA SUK Kelantan disambut dengan meriah oleh pegawai dan kakitangan PPN dengan binaan reruai cantik untuk menyambut kehadiran tetamu ke gerai kami. Di gerai PPN menyediakan juadah nasi bukhara ayam dan daging.

Continue reading

Perhimpunan Pagi PPN

Kota Bharu :  Ahad, 10 Syaaban 1446H bersamaan dengan 9 Februari 2025, perhimpunan pagi di perkarangan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan penjawat awam. Patriotisme dan taat setia kepada negara merupakan nilai yang seharusnya ada pada setiap penjawat dalam melaksanakan tanggunjawab untuk memajukan negara dengan penuh dedikasi dan integriti agar perkhidmatan kepada rakyat dapat disampaikan dengan cekap dan berkesan.

Continue reading

Sesi Libat Urus PPN ke PTJ Tumpat dan PTJ Pasir Mas

Tumpat : Selasa, 12 Syaaban 1446H bersamaan dengan 11 Februari 2025 telah berlangsungnya satu Sesi Libat Urus PPN di Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat yang turut melibatkan pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas yang berkaitan. Turut hadir dalam sesi ini YB Dato' Mumtaz Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat, Setiausaha dan Penyelia DUN Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tendong, Pengkalan Pasir, Meranti, Chetok, Gual Periok dan Apam Putra.

Continue reading

Sesi Libat Urus PPN ke PTJ Bachok dan PTJ Pasir Puteh

Bachok : Isnin, 11 Syaaban 1446H bersamaan dengan 10 Februari 2025 telah berlangsungnya satu Sesi Libat Urus PPN di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok bersama-sama dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh yang berkaitan. Hadir sama Setiausaha dan Penyelia DUN Pantai Irama, Jelawat, Perupok, Tawang, Selising, Limbongan, Semerak dan Gaal.

Continue reading

Sesi Libat Urus PPN ke PTJ Jeli dan PTJ Tanah Merah

Jeli :  Rabu, 22 Rejab 1446H bersamaan dengan 22 Januari 2025 telah berlangsungnya satu Sesi Libat Urus PPN di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang yang berkaitan. Sesi tersebut juga dihadiri oleh YB DUN Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kuala Balah, Bukit Panau, Gual Ipoh dan Kemahang.

Continue reading

Sesi Libat Urus PPN ke PTJ Machang dan PTJ Kuala Krai

Machang : Selasa, 21 Rejab 1446H bersamaan dengan 21 Januari 2025 telah berlangsungnya satu Sesi Libat Urus PPN di Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai yang berkaitan bersama dengan Setiausaha dan Penyelia DUN Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong.

Continue reading

Sesi Libat Urus PPN ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu

Kota Bharu : Rabu, 15 Rejab 1446H bersamaan dengan 15 Januari 2025 telah berlangsungnya satu Sesi Libat Urus PPN bersama dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu yang berkaitan. Sesi tersebut juga dihadiri oleh Penyelia DUN Pengkalan Chepa, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjong Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Chetok, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Melor, Kadok dan Kok Lanas.

Continue reading

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PRIVACY POLICY