Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

SKIM KHAIRAT KIFAALAH
KERAJAAN NEGERI KELANTAN

LATAR BELAKANG

Skim Takaful Warga Emas ini bermula pada tahun 2007 diuruskan oleh Kifaalah sdn bhd dan dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan atau ringkasnya PMBK. Bagaimana pun pada tahun 2019, pengurusan diambil alih oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan dengan nama baharu iaitu Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan.

Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan merupakan program kebajikan untuk rakyat Kelantan yang diberikan dalam bentuk wang tunai kepada penjaga peserta skim bagi membantu dalam menguruskan hal kematian peserta.

Bagi memudahkan pengurusan program bantuan ini dilaksanakan, semua Pejabat Khidmat DUN di seluruh Negeri Kelantan berperanan sebagai pusat penyelarasan dan pengumpulan maklumat penerima, serta memastikan agihan bantuan dibuat dengan teratur dan menyeluruh.

DUN MANEK URAI

DUN DABONG

DUN MANEK URAI

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PRIVACY POLICY