TABUNG SERAMBI MEKAH
Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim
Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim ini dikenali juga dengan Tabung Serambi Mekah. Akaun ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1991 di bawah Seksyen 9(1) dan 9 (3) Akta Kewangan 1957 (disemak 1972).
Di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khasnya mereka yang ditimpa malapetakan, bencana alam dan penyakit kronik.
Tabung ini juga bermatlamat bagi menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.

OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain.
- Membantu golongan miskin, uzur dan daif seperti membaiki rumah, rawatan perubatan (untuk penyakit kronik) dan lain-lain.
- Menyediakan infrastruktur awam untuk kemudahan rakyat seperti menyelenggara jalan dan lain-lain.
- Bantuan daripada tabung ini dihulurkan kepada semua yang layak tanpa mengira agama, kaum dan lain-lain kepentingan.
SUMBER KEWANGAN
- Sumber wang tabung boleh terdiri daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain hasil daripada pemberian orang ramai atau organisasi atau persatuan atau yayasan atau firma dan koperasi.
- Sumber wang tidak halal juga diterima dan diasingkan daripada sumber wang halal.
- Sumber halal digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.
- Sumber tidak halal digunakan untuk membiayai projek-projek infrastruktur awam sahaja.
PENGGUNAAN WANG
- Bantuan Kebakaran
- Bantuan Ribut
- Bantuan Rawatan Perubatan bagi Penyakit Kronik secara one-off