SOALAN LAZIM
MAKLUMAT UMUM PPN
-
1. Apakah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)?
PPN merupakan agensi Persekutuan di peringkat negeri yang berperanan menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek serta program pembangunan Kerajaan Persekutuan. -
2. Apakah fungsi utama PPN?
Fungsi utama PPN adalah:
Memantau pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan.
i. Menyelaras isu dan permasalahan projek.
ii. Menyediakan laporan prestasi pembangunan negeri.
iii. Menjadi urus setia kepada mesyuarat berkaitan pembangunan. -
3. Apakah waktu operasi PPN?
Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang
(Jumaat dan Sabtu: Cuti Mingguan)
PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN
-
1. Apakah jenis projek yang dipantau oleh PPN?
Antara projek yang dipantau termasuk:
i. Infrastruktur dan jalan raya
ii. Projek kesejahteraan rakyat
-
2. Bagaimanakah status projek pembangunan dipantau?
Melalui lawatan tapak, mesyuarat penyelarasan, laporan kemajuan projek dan sistem pemantauan projek kerajaan. -
3. Siapa yang melaksanakan projek pembangunan?
Projek dilaksanakan oleh jabatan atau agensi pelaksana yang dilantik oleh Kerajaan. -
4. Bagaimana jika projek mengalami kelewatan?
PPN akan berunding dengan agensi pelaksana bagi mengenal pasti punca kelewatan dan menyelaras tindakan pemulihan.
ADUAN DAN MAKLUM BALAS AWAM
-
1. Bagaimanakah saya boleh membuat aduan berkaitan projek pembangunan?
Aduan boleh dikemukakan melalui: Emel rasmi Telefon Surat rasmi Sistem E-Aduan Kerajaan Negeri Kelantan -
2. Maklumat apa yang perlu disertakan semasa membuat aduan?
i. Nama pengadu
ii. Maklumat untuk dihubungi
iii. Keterangan aduan
iv. Gambar (Digalakkan sekiranya berkaitan) -
3. Berapa lama tempoh tindakan terhadap aduan?
Tindakan awal akan diambil mengikut Piagam Pelanggan dan prosedur yang ditetapkan. Pengadu akan dihubungi oleh pegawai berkaitan untuk siasatan. -
4. Bolehkah saya menyemak status aduan?
Semakan boleh dibuat melalui saluran aduan yang digunakan atau menghubungi PPN.
CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN
-
Bolehkah orang awam mengemukakan cadangan projek baharu?
Cadangan boleh dikemukakan kepada agensi berkaitan atau melalui wakil rakyat. -
Apakah maklumat yang perlu dikemukakan dalam cadangan projek?
Objektif projek
Lokasi projek
Justifikasi keperluan
Anggaran manfaat kepada masyarakat -
Adakah semua cadangan projek akan diluluskan?
Tidak. Cadangan tertakluk kepada keperluan, keutamaan kerajaan dan peruntukan yang tersedia.
PEROLEHAN DAN KONTRAKTOR
-
Adakah PPN menawarkan tender projek?
Ya. Urusan tender dan perolehan diuruskan oleh PPN atau agensi pelaksana. -
Di manakah kontraktor boleh mendapatkan maklumat tender kerajaan?
Melalui Portal Rasmi PPN dan Page Rasmi PPN di Facebook. -
Bolehkah kontraktor berdaftar dengan PPN?
Boleh. Pendaftaran kontraktor adalah secara atas talian di pautan https://serambipay.kelantan.gov.my/ dengan memilih Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. -
Bagaimanakah kontraktor boleh melaporkan masalah projek?
Melalui agensi pelaksana projek atau terus kepada PPN untuk tujuan penyelarasan.





-7d2bc645.png)
