Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

Turun Padang Pantau Isu Infrastruktur

Tumpat: Rabu, 2 Julai 2025 bersamaan dengan 6 Muharam 1447H, wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan iaitu Penolong Jurutera II bersama Penghulu Mukim Bendang Pulau, Saudara Rifaie, telah turun padang ke lokasi Jambatan Kok Bacok hari ini bagi meninjau keadaan semasa susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku tempoh hari.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar serta menyelaras tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak berwajib demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sentiasa cakna terhadap isu-isu rakyat. Semoga proses pemulihan berjalan lancar dan jambatan ini kembali selamat digunakan seperti sediakala.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PRIVACY POLICY