Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

PERUTUSAN
YABRS.PENGARAH
PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat, inayah dan keizinan-Nya, portal rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan yang baharu telah berjaya dibangunkan.Pembangunan portal ini merupakan satu langkah penting dalam menyahut seruan Kerajaan untuk memperkasa sistem penyampaian maklumat sektor awam melalui pendigitalan dan ketelusan maklumat kepada rakyat.

Portal ini diharapkan dapat menjadi platform digital yang efisien dan inklusif, yang bukan sahaja menyampaikan maklumat rasmi dengan pantas dan tepat, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara agensi dan masyarakat umum. Ia juga seiring dengan aspirasi transformasi perkhidmatan awam yang menekankan kepantasan, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa dan kepakaran dalam menjayakan pembangunan portal ini. Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen seluruh warga kerja PPN Kelantan dalam memastikan akses maklumat yang berkualiti dan mesra pengguna dapat diberikan kepada seluruh lapisan masyarakat.

Diharapkan portal ini akan terus dikemas kini secara berkala, diperkaya dengan kandungan yang relevan dan bermanfaat, serta berfungsi sebagai salah satu medium komunikasi rasmi yang dapat memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap keupayaan institusi kerajaan negeri.

Dengan yang demikian matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang dan mewujudkan "Budaya Kerja Berprestasi Tinggi" dalam sesebuah organisasi akan dapat direalisasikan.Semoga Allah swt memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

"ISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMINPIN, NEGERI DIBERKATI"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN"

YABrs Encik Muhammed Imran bin Mansoor
Pengarah
Pembangunan Negeri Kelantan

PRIVACY POLICY