Skip to main content
Daulat
malaysia
maulidur
merdeka
tsm

Sejarah Penubuhan
Pejabat Pembangunan
Negeri Kelantan

SEJAK TAHUN 1991 HINGGA KINI
Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan menggunakan nama Unit Penyalarasan dan Pelaksanaan Pembangunan Negeri Kelantan (UPPP) ekoran daripada perpindahan semua Pegawai Persekutuan di bawah Pejabat Kemajuan Negeri ke Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Pada tahun 1994, UPPP telah disusun semula dan sebuah jabatan telah ditubuhkan di atas nama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kelantan untuk memastikan ianya terus berkemampuan untuk memainkan peranannya dengan berkesan sesuai dengan pertambahan beban kerja jabatan.

Kini PPN menyelaras program dan projek di bawah Kod P27 Projek Pembangunan yang mempunyai 17 kepala projek, B27 Pemberian Dalam Negeri yang terdiri daripada 15 kepala projek dan Akaun Amanah. 

PRIVACY POLICY