msen

Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Sektor Awam

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Pengenalan Data Terbuka
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada Tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan DTSA boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah:
1) Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2) Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
- Salin, terbit, edar dan pindah data
- Adaptasi data
- Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
- Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3) Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
- Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
- Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
- Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan berikut
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"
 
4) Pengecualian
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
i) Data Peribadi;
ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
iv) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak rekabentuk; dan
vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5) Tiada Jaminan
- Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
- Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data juga tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6) Undang-Undang
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Tarikh Pindaan
22/05/2015

Data Terbuka Oleh PPN
Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kelantan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Senarai Data Terbuka PPN

  1) Set Data ini menunjukkan statistik jumlah penerima Program Bantuan Pembinaan Rumah Dhua'afat Negeri Kelantan.
PROGRAM BANTUAN PEMBINAAN RUMAH DHUAFAAT DI NEGERI KELANTAN

2) Set Data ini menunjukkan statistik jumlah penerima Program Bantuan Pembaikan Rumah Dhua'afat Negeri Kelantan.
PROGRAM BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH DHUAFAAT DI NEGERI KELANTAN

 

Hubungi Kami

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon: 09-7481180
Faks: 09-7462734
Emel: pejppn@kelantan.gov.my

Penafian

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
  • Kemaskini Terakhir : Sunday 07 May 2023.

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini154
KelmarinKelmarin746
Minggu IniMinggu Ini2496
Bulan IniBulan Ini900
KeseluruhanKeseluruhan614835

Dasar Privasi | Penafian | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan | Peta Laman  | Soalan Lazim | Data Terbuka Sektor Awam | Pemantauan Naziran

© Hakcipta Terpelihara Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan 2019

Program Bantuan Pembinaan Rumah Dhuafaat di Negeri Kelantan