Sejarah Penubuhan
Pejabat Pembangunan
Negeri Kelantan
SEJAK TAHUN 1991 HINGGA KINI

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan menggunakan nama Unit Penyalarasan dan Pelaksanaan Pembangunan Negeri Kelantan (UPPP) ekoran daripada perpindahan semua Pegawai Persekutuan di bawah Pejabat Kemajuan Negeri ke Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Pada tahun 1994, UPPP telah disusun semula dan sebuah jabatan telah ditubuhkan di atas nama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kelantan untuk memastikan ianya terus berkemampuan untuk memainkan peranannya dengan berkesan sesuai dengan pertambahan beban kerja jabatan.
Kini PPN menyelaras program dan projek di bawah Kod P27 Projek Pembangunan yang mempunyai 17 kepala projek, B27 Pemberian Dalam Negeri yang terdiri daripada 15 kepala projek dan Akaun Amanah.
HALA TUJU STRATEGIK PPN
FUNGSI JABATAN, PIAGAM PELANGGAN, VISI, MISI, OBJEKTIF DAN MOTTO JABATAN
FUNGSI JABATAN
1. Mengawal dan mengagihkan peruntukan program dan projek pembangunan kepada wakil rakyat, pejabat tanah dan jajahan serta lain-lain jabatan.
2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan kecil secara langsung dan tidak langsung melalui pejabat tanah dan jajahan.
3. Memastikan program dan projek pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selari dengan dasar Kerajaan Negeri.
4. Menyelaras peruntukan dan pelaksanaan projek-projek kecil pembangunan dengan agensi-agensi negeri dan persekutuan.
5. Menyelaras projek-projek jalan kampung di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS).
6. Menyelaras Projek Kemajuan Kerja-Kerja Awam (PKA).

PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan baucer pembayaran tuntutan (perkhidmatan/bekalan/kontrak) dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.
2. Mengeluarkan surat kuasa pelaksanaan projek/waran peruntukan berbelanja kepada agensi pelaksana.
3. Memproses permohonan projek /program yang diterima daripada rakyat/Pejabat Tanah dan Jajahan/wakil rakyat.
4. Memproses dan menguruskan tempahan baja padi.
5. Mengumpul dan mendapatkan maklumat-maklumat prestasi pelaksanaan projek-projek kesejahteraan rakyat/pembangunan untuk tahun sebelumnya daripada pejabat tanah dan jajahan dan pihak-pihak berkaitan.
6. Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Negeri berjalan lancar dan mengikut panduan yang ditetapkan.
7. Menyedia dan mengedar minit-minit mesyuarat dengan lengkap dan tepat.
8. Mengambil tindakan segera/menyediakan maklumbalas aduan awam.
9. Memproses permohonan Tabung Serambi Mekah.

VISI JABATAN
Menjadi Sebuah Organisasi Penyelaras Dan Pemantau Pelaksanaan Program Dan Projek Pembangunan Negeri Bagi Mencapai Matlamat Dasar "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
MISI JABATAN
Melaksanakan Peranan Organisasi Dengan Menggunakan Modal Insan Yang Berkualiti Tinggi Dan Aplikasi IT Sepenuhnya Dengan Kos Yang Minima.
OBJEKTIF JABATAN
Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi Dan Kesejahteraan Hidup Penduduk Negeri Kelantan
MOTTO JABATAN
PEMBANGUNAN HOLISTIK, RAKYAT SEJAHTERA
TIGA SEKSYEN UTAMA JABATAN
SEKSYEN PEMBANGUNAN
1. Melaksanakan Projek dan Program Kerajaan Negeri seperti Rancangan Kecil Pembangunan, Jalan-Jalan Kampung, Penyediaan Kemudahan Asas Pertanian, Perikanan & Penternakan, Pembinaan/Pembaikian Masjid, Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Dan Usahawan, Jambatan, Pembangunan Lojing, Pembangunan Lembah Agro Biotech, Dan Rancangan Pembentungan.
2. Bertanggungjawab kepada urusan pengurusan kewangan dan pengeluaran waran bagi projek pembangunan.
3. Bertanggungjawab kepada urusan Tabung Serambi Mekah dan Skim Al-It'am.
4. Bertanggungjawab mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan pejabat.

SEKSYEN PENTADBIRAN
1. Mengurus semua perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan, tatatertib, kenaikan pangkat, pencalonan bagi darjah kebesaran dan penanggungan kerja.
2. Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedurdan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
3. Menguruskan keselamatan pejabat, dokumen terperingkat dan data ICT.
4. Mengemaskini data dalam sistem aplikasi HRMIS.
5. Menguruskan aset alih dan stor jabatan.
6. Mengurus dan memantau mesyuarat-mesyuarat jabatan seperti Mesyuarat Penyelarasan PPN dan PTJ, Jawatankuasa Pengurusan PPN, Panel Pengurusan Sumber Manusia dan Jawatakuasa Tatakelola jabatan.
7. Mengurus fail-fail gunasama jabatan, edaran surat-surat jabatan dan pelupusan fail.

SEKSYEN
TEKNIKAL
1. Menyelaras projek-projek pembangunan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan Unit Pembangunan jabatan.
2. Bertanggungjawab kepada perancangan dan pelaksanaan projek kesejahteraan rakyat.
3. Pemantauan dan pengesahan projek menaiktaraf jalan-jalan kampung dan projek-projek kesejahteraan rakyat.
4. Mengadakan lawatan tapak, semakan spesifikasi projek, merekodkan spesifikasi baru dan menyediakan anggaran kos projek.